Saturday, October 18, 2014

Khasiat ESP utk Wanita Hamil

Tahukah anda, diet yang cukup dgn sumber protein kepada ibu mengandung adalah hampir WAJIB?! Mengapa?? Apakah kepentingan protein kepada si ibu dan bayi yang dikandung?
  1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
  2. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
  3.  Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Sekarang kita dah pun tahu kepentingan PROTEIN kepada ibu mengandung. Ada banyak sumber protein yang boleh diperolehi drp pemakanan kita, contohnya daging seperti ayam, lembu, kambing.. Kekacang, telur, tempe juga tinggi kandungan proteinnya. Namun sumber protein drp haiwan tak elok diambil dlm kuantiti yg banyak disebabkan kandungan lemak yg tinggi. Selain tu, cara memasak juga selalunya menghapuskan khasiat yang terkandung dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah rosak jika diproses dengan suhu yang tinggi.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee. Apakah kelebihan dan keunikan ESP Shaklee ini yang membuatkan ia sumber protein terbaik ?


 

 Memang banyak minuman berasaskan soya di pasaran. Namun, apa yang membuat ESP Shaklee antara yang terbaik? Boleh baca 7 kriteria dalam memilih protein soya terbaik di sini untuk bantu anda buat pilihan terbaik. Tentunya ESP Shaklee memenuhi kesemua kriteria ini.

Untuk lebih banyak info tentang ESP, boleh baca di sini.


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Antara lain khasiat ESP Shaklee kepada ibu hamil:
  1. Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
  2. Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu
  3. Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  4. Membantu perkembangan fetus
  5. Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama
  6. Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Walaupun ramai pakar mengatakan yang soya sangat bagus untuk dapatkan kulit baby yang sihat, cantik & halus (bukan putih ya), tapi kita juga biasa dengar 'suara-suara sumbang' mengatakan perkara sebaliknya. Ada yang kata pengambilan soya semasa hamil boleh mengakibatkan kulit baby jadi terlalu sensitif (???!!) - well, saya tak salahkan anda.. Sebab saya pun terpengaruh dgn kata-kata sini itu sebelum saya mengenali ESP Shaklee ;)
Ya.. kenyataan itu mungkin benar bagi air soya biasa. Namun, tidak dengan ESP Shaklee. Ini kerana ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO yang diproses dengan kaedah berteknologi tinggi bagi memastikan khasiat soya itu sendiri terpelihara, dan lengkap dengan kesemua 9 asid amino yang diperlukan untuk fungsi badan. Air soya biasa mungkin tidak lengkap dengan 9 asid amino ini yang mana kesannya, khasiat protein soya itu tidak dapat memberi manfaat sepatutnya kpd badan.


Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..." 
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln." 

~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 


Siapa yang tak teruja bila baca pengakuan ikhlas ibu-ibu ini kan.. Jika berminat mencuba ESP mahupun sebarang supplement Shaklee, boleh dapatkan daripada saya.

Shaklee Independent Distributor
Maizatul Asmah
0182346634

Fb: Maizatul Azazee


Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil

Ramai ibu2 hamil yg sgt risau sekiranya mengalami masalah ketika hamil. Hormon yg tidak seimbang ketika hamil sgt mendedahkan ibu hamil kepada 2 masalah biasa ketika hamil yg tiada sebelumnya. Salah satunya adalah Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:
1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.

  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?


Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Sal cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.
Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.



Utk tempahan dan pertanyaan:
0182346634
Maizatul Asmah

Fb:Maizatul Azazee