Hepatitis A, B, C
Apakah hepatitis ?
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang
hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem
immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
-
Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
-
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
-
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau
tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis
hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
-
Merasa letih
-
Kurang selera makanLoya
-
Muntah
-
Sakit perut (abdomen)
-
Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
-
Air kencing berubah warna menjadi warna teh
-
Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan),
kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar
menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.
Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
-
Abdominal membengkak
-
Sangat mudah lebam
-
Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
-
Muntah darah
-
Najis hitam
Komplikasi sirrosis hati:
Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau
komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu
memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.
Kumpulan Sokongan Malaysian Liver Foundation.
Hepatitis A
Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari
oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis
seseorang dijangkiti hepatitis A . Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul
hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit itu mengalami tanda-tanda
hepatitis dan juga cirit-birit dan demam. Bagaimanapun ada
setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada
tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua .
Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan
hospital. Hepatitis A akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi
penyakit hati yang kronik.
Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
-
Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh
individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
-
Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
-
Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis A :
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda.
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.
Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja
Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.
Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan
sanitasi boleh mencegah hepatitis A. Basuh tangan anda menggunakan sabun
dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan sajian
makanan.
Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.
Hepatitis B
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari
setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan
otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada
simptom-simptomnya.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B
biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil. Ini
menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
-
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka
terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor,
doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti
orang-orang cacat mental).
-
Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
-
Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
-
Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi
hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan
hubungan biasa.
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis B ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis B.
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu
kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut
oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus
boleh dirawat. Rawatan perlu untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat
dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi
mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan
rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
-
Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah
untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B. Jikalau mereka positif,
mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka negatif, untuk
mencegah boleh mendapat vaksin.
-
Amalkan hubungan seks yang selamat .
-
Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti
jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
-
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri.
Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10
bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah perlu
dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster.
-
Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama,
vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir
dan vaksin yang selengkap masa lain.
Penjagaan sendiri:
-
Anda amalkan cara hidup yang sihat.
-
Anda perlu menjauhi alkoloh.
-
Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
-
Anda patut mendengar nasihat doktor.
Hepatitis C
Apakah Hepatitis C ?
Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani.
Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.
Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit
di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan
penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
-
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka
terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor,
doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi
orang-orang cacat mental.
-
Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
-
Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
-
Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
-
Pesakit menggunakan haemodialysis.
-
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis C ?
Jikalau anda syak, dijangkiti Hepatitis C:
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai dan memeriksa anda .
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu
kemasukkan ke hospital. Kalau tidak , anda akan menerima rawatan lanjut
oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus
boleh dirawat. Rawatan untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan
bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi
mesti dipantau di klinik kerana keadaannya boleh berubah dan memerlukan
rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
Tidak ada vaksin hepatitis C.
-
Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah
untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti
berunding dengan doktor.
-
Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda
mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan
kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
-
Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti
jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
-
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri.
Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10
bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk
ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
Penjagaan sendiri:
-
Anda amalkan cara hidup yang sihat.
-
Anda perlu menjauhi alkohol.
-
Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
-
Anda patut mendengar nasihat doktor.
"Mencegah adalah lebih baik daripada merawat"
Konsultasi percuma utk anda
#LoveToHelpYou
Shaklee Independent Distributor
Maizatul Asmah
0182346634