Assalamualaikum semua...
Masih dalam channel utk kehamilan dan bayi kerana setiap ibu2 amat mengharapkan bayi yg dikandung adalah dalam keadaan sihat dan sempurna sama juga harapan ibu2 inginkan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan.
Insha Allah.
Perkongsian saya kali ini berkisar tentang HB rendah yg selalau menjadi topik utama dan ketakutan kepada ibu2 hamil termasuk saya. Kalau pg check up dan HB mula menunjukkan penurunan..memang kena bebel dan nasihat yg panjang lebar dr nurse yg ada dan kalau nasib baik dapat doktor..huhuhu...Kalau kena amik darah dh mula risau tentang bacaan HB. Sebenarnya..nurse2 atau doktor tu bukan suka2 atau saja2 nak bising isu HB rendah ni. Sebab mmg boleh membahayakan ibu2 dan bayi dalam kandungan.
So,preggy mummy semua please ALERT benda ni..Jgn amik mudah ye.
Tidak dinafikan, ramai ibu mengandung yang memandang rendah kepentingan pengambilan suplemen Iron ketika hamil, walaupun tahu diri kurang mampu untuk mendapatkan sumber zat besi dari pemakanan harian - samaada kerana loya/ kurang selera makan, ataupun terlalu memilih makan. Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh.
Info dr seorang Doktor yg berpengalaman tentang masalah HB rendah ni...
" Anemia atau kekurangan darah merah atau Hemoglobin (Hb) yang selalu berlaku pada wanita hamil dan saya akui memang sgt2 ramai ibu2 kita yg mengalami masalah ini..TETAPI ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yang baik (>11g/dl) semasa mengandung. Betul x? Patient saya pn ramai tak tau tetapi bila saya ada kesempatan saya akan explain pada mereka satu persatu supaya ada KESEDARAN dalam diri utk berudaha MENAIKKAN paras Hb ini.
Sebenarnya kebanyakkan ibu mengandung mengalamai masalah kekurangan Zat Besi yg sgt penting utk pembentukkan Hb ini. Kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi Zat Besi.
APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?
Ia penting utk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan:
1. Kandungan kurang dari 5 bulan (<20 minggu)
- Pada masa ini bayi sedang melalui proses Organogenesis seperti pembentukkan kepala, tangan, kaki, otak dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat iaitu kurang dari 11g/dl, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau CAIR, bayi mungkin akan hidup tetapi cacat seperti tiada kaki dan tangan tidak sempurna. Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukkan otak bayi, mungkin bayi anda akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.
- Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukkan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
- Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu rendah/cair iaitu kurang dari 9g/dl, jantung tidak kuat dan ada risiko utk bayi mati dalam kandungan. Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan yang lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju dan rasa berdebar2 (palpilation).
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakkan jantung,paru2,buah pinggan dan boleh membawa MAUT.
Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.
Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katany
APAKAH CARA TERBAIK UTK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH?
Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.
Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan.
Anemia kekurangan darah biasa dialami:
* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu
Makanan MEMBANTU penyerapan zat besi dalam darah:
* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
Makanan MERENCAT penyerapan zat besi dalam darah:
* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
Jika anda ingin mencuba ataupun memilih suplemen Shaklee sebagai makanan tambahan anda sepanjang kehamilan, kami mencadangkan pengambilan Vita-Lea Iron Formula dua kali sehari, terutama bagi anda yang mengalami maslah Hb rendah.
Namun, untuk set vitamin yang lebih lengkap, saya mencadangkan pengambilan set lengkap kehamilan (Set Pregnancy) yang mengandungi:
(1) Vita-Lea Iron Formula
(2) B-Complex with Folic Acid
(3) Sustained Release Vita-C Plus
(4) OsteMatrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D and more)
Konsultasi percuma utk anda yg memerlukan
#Love to Help You
Shaklee independent Distributor
Maizatul Asmah
0182346643
Fb: Maizatul Azazee
No comments:
Post a Comment